Thursday 27 October 2011

sila baca~~

Pengambilan Panadol Actifast Dan Soluble Memudaratkan Kesihatan

Jangan ambil panadol actifast atau soluble jika anda rasa deman atau sakit kepala. Pengambilan panadol tersebut boleh memudaratkan kesihatan anda untuk pada masa akan datang.

“Suami saya bekerja sebagai Jurutera IT di sebuah hospital, di mana pihak hospital sedang menyiapkan pengkalan data untuk pesakitnya. Dia mengenali rapat doktor tersebut. Doktor memberitahu suami saya, apabila mengalami sakit kepala, mereka sendiri tidak sanggup mengambil Panadol atau Paracetamol. Sebaliknya, mereka akan mencari ubatan herba Cina atau mencari altenatif lain.

Ini kerana Panadol adalah bertoksik kepada tubuh kita . Ia merosakkan organ hati . Menurut doktor tersebut, Panadol akan tinggal di dalam tubuh selama sekurang-kurangnya 5 tahun . Menurutnya lagi, pernah berlaku seorang pramugari menelan terlalu banyak Panadol semasa kedatangan haid kerana tugasnya perlu berdiri sepanjang masa penerbangan. Dia kini baru berumur 30-an tetapi sudah perlu menjalani rawatan buah pinggang (dialisis) setiap bulan.

Alternative Treatment ( Tips )

Seperti kata doktor tersebut, sakit kepala disebabkan ketidak-seimbangan elektron/ion di dalam sel otak .

Sebagai rawatan alternatif, beliau mencadangkan membeli sebotol atau 2 botol minuman isotonik, campurkan dengan air minuman pada kadar 1:1 atau 1:2. Mudahnya, secawan isotonik dengan 2 cawan air minuman.

Saya dan suami pernah mencuba kaedah ini dan mendapati ia berkesan. Kaedah lain ialah merendam kaki ke dalam besin yang mengandungi air suam. Ia akan memberi tekanan darah menurun dari kepala anda.

Panadol adalah sejenis “pain killer”, semakin banyak anda mengambilnya, semakin lama semakin kurang kesannya kepada anda. Bererti anda perlukan dos yang lebih lagi apabila ia kurang berkesan.

Kita semua akan jatuh sakit apabila usia kita semakin meningkat. Untuk wanita, mereka akan melalui pengalaman melahirkan zuriat. Bayangkan mereka akan diberi dos yang kuat apabila terpaksa melalui proses beranak melalui pembedahan.. Jika anda terlalu banyak mengambil Panadol atau Paracetamol sepanjang hidup anda, seperti mereka yang ada migrain, ia akan memberi kesan sifar terhadap kesakitan yang anda alami dan anda memerlukan ubat yang lebih kuat lagi untuk mengurangkan rasa sakit. Adakah anda sanggup diberi dadah yang kuat seperti morfin?

Hargailah kehidupan anda. Fikir sebelum mudah memasukkan ubat yang “biasa” ini ke dalam mulut anda.

rahsia handphone nokia

ha..ni saya nak kongsi sikit dengan kawan2..benda ni pun saya dapat dari pembacaan saya...ok..ilmu macam ni kena kenalah share2kan..

RAHSIA HANDSET KETIKA KECEMASAN & CARA2 FORMAT HANDSET

Tahukah anda bahawa telefon bimbit anda sedikit sebanyak boleh membantu dikala kecemasan. Banyak perkara yang boleh anda lakukan, antaranya : -


1.Nombor Kecemasan
Sentiasa ingat bahawa nombor kecemasan untuk semua telefon adalah 112. Jika anda dalam kecemasan dan berada di kawasan tiada liputan untuk semua talian telefon bimbit yang anda gunakan, cuba dail nombor kecemasan 112. Ia boleh digunakan walaupun di
PAPARAN PENUH
di kawasan yang tiada liputan dan lebih menarik lagi, ia boleh terus didail walaupun papan kekunci telefon bimbit anda dikunci(Keypad lock).

2. Kereta terkunci
Pernahkah anda tertinggal kunci kereta dalam kereta dan kereta anda ketika itu terkunci dari luar?? Pasti anda lakukan pelbagai cara untuk mendapatkan kembali kunci bagi membuka semula kereta anda. Jangan risau, telefon bimbit boleh membantu, tapi bagi kereta yang menggunakan system penggera(alarm) sahaja. Caranya, cuba anda hubungi seseorang yang berada di rumah. Minta dia ambilkan kunci pendua kereta anda. Kemudian pegang telefon bimbit anda dari jarak kira-kira 30 sm(satu kaki) dari kereta yang terkunci itu. Minta pula keluarga atau teman di rumah menekan punat 'ON' pada kunci pendua kereta dan pastikan dia menekan dengan mendekatkan pada telefon bimbitnya. Pasti kereta anda tidak terkunci lagi, malah ia boleh dilakukan dari jarak beratus-ratus kilometer dari tempat kereta anda berada. Kerana itu juga, penting untuk anda menyimpan kunci pendua atau meminta orang yang anda percayai untuk menyimpannya. Penting juga penggunaan telefon bimbit dalam keadaan sebegini. Kaedah ini memang berkesan kerana beberapa orang telah mencubanya.

3. Kuasa bateri tersembunyi
Mungkin ramai tidak tahu,telefon bimbit yang telah kehabisan bateri masih boleh digunakan dalam keadaan kecemasan kerana ia mempunyai fungsi untuk menyimpan bateri tambahan. Bayangkan jika bateri telefon bimbit anda sudah terlalu lemah atau mati sedangkan anda perlu melakukan panggilan penting atau berada dalam kecemasan. Telefon bimbit jenis Nokia didatangkan dengan bateri simpanan. Untuk mengaktifkannya, tekan kekunci *3370#. Telefon bimbit anda akan berjaya dihidupkan semula dan skrin telefon akan memberitahu telefon tentang penambahan kuasa bateri sebanyak 50 peratus. Kuasa tambahan ini juga akan dicas semula bila anda mengecas telefon bimbit anda .(sstengah jenis tepon nokia gak)

4. Telefon dicuri
Bagaimana jika telefon bimbit anda dicuri. Anda boleh menjadikan ia tidak dapat diaktifkan dengan menekan nombor siri yang terdapat di telefon bimbit anda, sila dail *#06# dan 15 digit nombor siri telefon bimbit anda akan tertera di skrin. Nombor ini adalah unik untuk setiap telefon bimbit. Catatkan nombor siri ini dan simpannya di tempat selamat. Bila telefon bimbit anda dicuri, anda boleh hubungi pusat servis telefon bimbit anda dan berikannya kod nombor siri tersebut. Mereka kemudiannya akan mengunci system dalam telefon bimbit anda dan sesiapa sahaja yang mencurinya pasti hampa kerana walaupun kad simnya telah ditukar, dia tidak dapat mengaktifkan kembali telefon bimbit tersebut. Jadi, walaupun ia di curi, namun sekurang-kurangnya anda berpuas hati kerana si pencuri takkan boleh menggunakannya ataupun menjualnya.hohoh..padan muka kaw!

Kebanyakan tips ini boleh digunapakai untuk telefon bimbit jenama Nokia.:)

CARA2 FORMAT HANDSET
Adakah yang memiliki enset nokia jenis s60 (Nokia N70, N73, 7610, 6600, N-gage, 6120 Classic)?Format tepon jika msuk virus?xperlu p kdai tepon or klinik handphone or wateva lah yg mnyakitkan ati krana mngmbil upah yg tggi.Kat sni aq akan bgi tutorial cket sal nk FORMAT HANDSET JENIS SYMBIAN 60 pada kwang.

Ok,First skali kwang p buat air tgkat ali or kopi ker ikot ksukaan kamu lar..Second lak,yg jnis isap rkok tu isap ar luu puas2.Pastu kwang follow step bwah neyh k.Sblum tu pastikan enset kwang tu ckup bateri(full).

1. Pertama skali, save and backup sumer data2 dalam memori enset kwang(nota,mssge,draft mssge,cntact,pic) kepada memori kad.klau nk backup bleyh gnakan NOKIA PC Suite kat pc kwang tu.
2. Selepas sudah backup data2 trsebut,kuarkan memori kad kwang n off enset trsebut.
3. Dalam keadaan off,

- Tekan butang dail (green button)

- Butang bernombor 3

- Tekan butang bintang * (star)

- On handset korang

- Jangan lepas satu butang pun hinggalah screen menunjukkan abjad FORMAT

- Masa yang diperlukan lbeyh krang 5 minit.

4. Kesemua step diatas haruslah dibuat serentak sehingga kuar waktu yg perlu diset smula.
5. DONE! Anda brjaye mmformat tepon anda!


Butang Rahsia Nokia
Berikut ini adalah kunci kod butang rahsia yang boleh anda lakukan sendiri dengan menekan pada key pad hp anda yang berjenama Nokia sama ada cdma maupun yang gsm. 1.
Melihat IMEI (International Mobile Equipment Identity) Caranya tekan butang * # 0 6 # 2.
Melihat versi software, tarikh pembuatan softwre dan jenis compresion software Caranya tekan * # 0 0 0 0 # Jika tidak gagal coba butang * # 9 9 9 9 # 3.
Melihat status call waiting Caranya tekan * # 4 3 # 4.
Melihat nombor / nombor private number yang menghubungi handphone anda Caranya tekan * # 3 0 # 5.
Menampilkan nombr pengalihan telefon all calls Caranya tekan * # 2 1 # 6.
Melihat nombor pemanggil pada pengalihan telefon kerana tidak anda jawab (call divert on) Caranya tekan * # 6 1 # 7.
Melihat nombor pemanggil pada pengalihan panggilan kerana di luar jangkauan (call divert on) Caranya tekan * # 6 2 # 8.
Melihat nombor pemanggil pada pengalihan panggilann kerana sibuk (call divert on) Caranya tekan * # 6 7 # 9.
Mengubah logo operator pada nokia type 3310 dan 3330 Caranya tekan * # 6 7 7 0 5 6 4 6 # 10.
Menampilkan status sim clock Caranya tekan * # 7 4 6 0 2 5 6 2 5 # 11.
Berpindah ke profil profile handphone anda Caranya tekan tombol power off tanpa ditahan 12.
Mengubah setting hp nokia ke default atau aturan kilang Caranya tekan * # 7 7 8 0 # 13.
Melakukan reset timer handphone dan score game hp nokia Caranya tekan * # 7 3 # 14.
Melihat status call waiting Caranya tekan * # 4 3 # 15.
Melihat kod pengilang atau factory code Caranya tekan * # 7 7 6 0 # 16.
Menampilkan serial number atau nomer seri hp, tarikh pengilangan,tarikh pembelian, dan tarikh service terakhir, transfer user data. Untuk keluar handphone harus direset balik. Caranya tekan * # 92702689 # 17.
Melihat kod pengamanan handphone anda Caranya tekan * # 2 6 4 0 # 18.
Melihat alamat ip perangkat keras bluetooth anda Caranya tekan * # 2 8 2 0 # 19.
Mengaktifkan EFR dengan kuality suara terbaik namun bazir energi batery Untuk meng off gunakan kod yang sama. Caranya tekan * # 3 3 7 0 # 20.
Mengaktifkan EFR dengan kuality suara terendah namun jimat energi batery. Untuk mematikan gunakan kod yang sama. Caranya tekan * # 4 7 2 0 # 21.
Menuju isi phone book dengan cepat di handphone nokia Caranya tekan nombor urut lalu # contoh : 150# 22.
Mengalihkan panggilan ke nombor yang dituju untuk semua panggilan Caranya tekan * * 2 1 * Nombor Tujuan # 23.
Mengalihkan panggilan ke nomor yang dituju untuk panggilan yang tidak terjawab Caranya tekan * * 6 1 * Nombor Tujuan # 24.
Mengalihkan panggilan ke nombor yang dituju untuk panggilan ketika telefon bimbit anda sedang sibuk Caranya tekan * * 6 7 * Nomor Tujuan #
Keterangan Tambahan : - Kod di input tanpa jarak - Ada kod-kod nokia yang berlaku pada jenama handphone tertentu saja..selamat mencuba….

Wednesday 31 August 2011

selamat hari raya

selamat hari raya buat semua blogger-blogger. maafkanlah saya jika ada terkasar bahasa, termakan, terminum dan pape je yang sepatutnya. 0-0 semua. harap tahun ni lebih baik dari tahun yang sebelumnya. satu lagi saya nak mintak maaf sebab tak sempat nak uplode gambar-gambar saya beraya. hahaha... sibuk sikit... pape pon selamat hari raya dan tak lupa juga kita untuk menyambut hari kemerdekaan yang ke-54.

Sunday 28 August 2011

Bazaar ramadhan

‎..suatu ptg di bazaar Ramadhan...
Pbeli: telur sekilo berapa?
Pjual: ayam @ itik?
Pbeli: ayam
Pjual: Telur ayam biasa @ ayam kampung?
Pbeli: Ayam biasa
Pjual: tempatan atau import?
Pbeli: tempatan
Pjual: tempatannya mahu yang dari Ipoh, Kuala Selangor @ tampin?
Pbeli: ipohlah (blur).
Pjual: Mahu yang Ipoh Pusat, Barat, Timur, Utara @ Selatan?
Pbeli: Adik nie jual telur @ nak jalan2?
Pjual: Maaf kak, saya penjual mee rebus kat sebelah. Kebetulan yang jual telur pergi mkn. Saya disuruh berbual dulu dengan pbeli sampai dia dtg.


Saturday 27 August 2011

tutorial tulisan bergerak

lihat contoh tulisan bergerak yang saya buat seperti di bawah,


batchpanther.blogspot.com

anda berminat untuk buat tulisan macam ka atas tu?

Ho ho holick

Waktu sahur.

Situasi 1.

Anak : Mama,mama! Mama buat Ho Ho Holick eh?
Mama : Ho Ho Ho. Merry Christmas!
Anak : *&^%#@!! Kapir lahanat punya mak! -____-'

Situasi 2.

Anak : Mama,mama! Mama buat Ho Ho Holick eh?
Mama : Ho Ho Hotak kau! Turun sini sahur! Lahanat punya budak!
Anak : :'(





Friday 26 August 2011

kehadiran

Tanya cikgu kehadiran anak muridnya ~
RINDU ?... hadir cikgu.
BENCI ?.... saya ....
KASIH ? Tak hadir
SAYANG ? sakit ..cikgu
CINTA ??....CINTA kemana? tanya CIKGU...
RINDU & BENCI menjawab : CINTA pulang cikgu..
Kenapa ??.. tanya CIKGU..
serentak RINDU & BENCI menjawab : KERANA CINTA XKN PERNAH HADIR TANPA KASIH & SAYANG.. ♥ ~ ♥ hehe :))

Thursday 25 August 2011

isteri

Nak pandai = Cari isteri cikgu
Nak sihat = Cari isteri doktor
Nak kaya = Cari isteri anak tan sri
Nak glamour = Cari isteri artis
Nak gaduh = Cari isteri samseng
......Nak sembang = Cari isteri penceramah
Nak alim = Cari isteri ustazah
Nak gemuk = Cari isteri chef
Nak selamat = Cari isteri polis
Nak stylo = Cari isteri kaki shopping

Nak MAMPUS = Cari isteri muda yg 1 ofis dgn isteri tua

batchpanther.blogspot.com

Wednesday 24 August 2011

AKU ABANGGG DIAAAA!!!!!

Suatu hari azman dan isterinya pulang dari kerja seperti biasa...
Tapi ada sesuatu yang luar biasa berlaku pada hari itu.
Cuaca panas menjadi lebih panas buat azman kerana tersekat didalam trafic jam.

Azman: Ish!, geram betul aku. Jalan tidak pernah sesesak ini, kenape pula sesak hari ni.

Isteri: Sabarlah abang, mungkin kerja-kerja pembaikan jalan sedang dijalankan, tak pun ada kemalangan ke.

Dengan perasaan marah Azman berkata " Sabar!, Sabar!,Sabar! , itu ajelah yang awak tau".
Kenderaan dihadapan masih tidak bergerak. Malah orang ramai makin ramai berkumpul.

Azman: " Ini tak boleh jadi nie. Aku mesti buat sesuatu.

Azman keluar dari keretanya dan berjalan menuju ke arah orang ramai dan bertanya apa yang berlaku.

"Ada accident la encik" kata sorg mat rempit.

Lalu Azman pun menjerit " Tepi, tepi, "AKU ABANG DIA!!!. TEPIIIII,AKUUUU ABANGGGGG DIAAAAAAA!

"Orang ramai yang berkumpul mula bergerak memberi laluan sambil berpandang sesama sendiri dengan penuh persoalan.

Dalam hati azman berbangga dan berkata "menjadi juga idea aku ni".

Tetapi apabila menghampiri kawasan berkenaan
alangkah terkejutnya azman matanya bulat bagai nak terkeluar
apabila dia melihat keadaan adiknya yang kemalangan itu...

Azman meratap sambil menutup muka dengan tapak tangannya.

Dalam hati dia berkata, Oh! malu semalu malunya aku kerana adikku



SEEKOR NONYET!!!!!! HAHAHAHA

penipu...

A man buys a lie detector robot that slaps people who lie. he decided to test it at dinner:

Dad: Son where were you today during school hours?
Son: At school (robot slaps son)

...Son: Okay I went to the movies!
Dad: Which one?
Son: Harry Potter (robot slaps again!)

Son: Okay I was watching porn.
Dad: What? When I was your age I didn't even know what porn was! (robot slaps dad)
Mom: Hahahahaha! after all he is your son!(robot slaps mom).


batchpanther.blogspot.com

Tuesday 23 August 2011

Nurse

Seorang Nurse, Ratna menahan
teksi. Sedang dalam perjalanan...
Pemandu teksi iaitu Feddy asyik
memerhati Nurse itu melalui
cermin tengahnya..Merasa
kehairanan... Nurse itu
bertanya...
"Encik.. kenapa encik melihat
saya begitu ??"
Feddy tersenyum malu dan
berkata...
" Sebenarnya... saya selalu
berfantasi....maaf ya... saya
sangat ingin mencium seorang
Nurse..."

Monday 22 August 2011

BAPAK , apa nie !!! JANGANLAHHH !!!!!!!


Seorang bapak memanggil anak
gadisnya masuk kedalam bilik.
Dialog dia lebih kurang macam ni la…

Bapak : Siti, mai sini sat. Bapak nak tunjuk sesuatu ni.
Siti : Ya bapak, ada apa?
Bapak : Mai masuk dalam bilik pastu tolong tutup semua tirai tingkap.
Siti : Apa???!!! (isk bapak aku ni, lain macam jerr)
Bapak : Dengar tak Bapak kata…..
Siti : Ya bapak, Siti dengar… Cuma Siti tak percaya apa yang bapak kata ni.
Bapak : Betulll. Bapak suruh hang masuk dalam bilik pastu tutup semua tingkap.
Siti pun dalam ragu-ragu tu, dia ikut jugak la apa yang bapak diasuruh.
Sambil tu dok pikir gak laa apa la bapak dia nak buat,dah la kat rumah.
Bapak : Okeh… mai duduk sebelah bapak. Heh, heh…
Siti : Eh!!! bapak, Siti kena keluar dari bilik ni. Sat lagi mak balik…abis aaaa.
Bapak : Tak payah risau…mai duduk sini cepat!!!!Jangan bagi bapak berkasar.

Siti pun terpaksa la dudukjugak…hati dia takleh cakap laa…berdebar giler ahhh.
Dalam kepala dok terbayang jadi apa la nanti kat dia.

Sunday 21 August 2011

Kamus Terengganu

A
abih -- habis
acing-perring - bau hancing
aluh siat - terlalu halus
amah - 50 sen, ie. samah(RM 0.50), dua amah (RM 1.00), tiga amah(RM1.50)

B
bah - bas
bahang - pukul i.e. kena bahang - dipukul
bakpe - mengapa
bang - azan
basah jeruk - basah kuyup
beng - memaksa diri
berat nanang - terlalu berat
bijok - pandai
bira - tepi
boh - banjir
bok - buku
bolok wok - berserabut
bowok - bawa
buak - buat
bekok cobong - bengkak yang teramat sangat, benjol
beratah - keadaan yang amat banyak, ie. beratah anak ikan
bewok - biawak
blengah - melekit

C
cakduh - buat kerja dgn cuai
cakna - ambil hirau, ambil tahu
cakol - cangkul
calor balor - tercalar
carik - koyak
ce'dung - bersawah
ce'rok - jauh
ce'rong - di sudut, di suatu tempat yang jauh
cekoh - ie. cekoh buah durian = kupas/kopek buah durian
ceroh-nerang - terang-benderang
chamba - kusut
cokoh - i.e. duduk cokoh -- berdiri atau duduk tapi tak duduk betul
colok - batang mancis
comel lote - sgt cantik
cotek - sedikit

D
dang - sempat
do'oh - melampau i.e. do'oh lalu- terlampau
dok - tidak
dok leh - tidak boleh
dok rok cetong - letih, tidak bertenaga
dok soh - tak perlu, jangan
dok wie - tidak bagi
dua amah - RM 1.00

E
ek - sombong
etek - jugak

esel - ensel pintu

G
gaha - menyental periuk atau kuali
gajuk- beg plastik
gandeng - pukul
gandor - galas, seperti menggalas durian kepasar
gelemang - penguat untuk geli, i.e. geli-gelemang
gelenya - 1. ie. plastik gelenya(bag plastik pasar)(grocery plastic bag); 2. i.e. gatal-gelenya bermaksud miang
geletik - gedik
gemok mettong - terlalu gemok , juga "gemok debok",
genyeh - gosok
gere - ie. duduk atas gere
go'coh - bergaduh
gohek - memandu (asal dari 'go ahead')
gong - bangang
guane(v. ga'na) - bagaimana
gumba - timba, ie. menimba ikan
gerek - basikal

H
hangus letong - hangus habis
hok - yang, yang mana, i.e. hok saya royak arituh- yang mana saya bagi tahu hari itu

I
ikan aye - ikan tongkol
itang legit - hitam sehitam arang

J
jahil tukil - terlampau bodoh, bengap
jambang - tandas
jala mas - sejenis kuih tradisional
jambu golok - buah gajus
je'put - cucur
jenere - lena (tidur)

K
ka'bo - beritahu
kaccik - segan/sanggap
kalu - kalau
kasih(with heavy k) - kekasih, awek, pakwe
katok - pukul
kawa - kopi, serbuk kawa - serbuk kopi
kayu khamat(v. kayu keramat) - sejenih kuih tradisional seperti roti, kuih cakoi
kecek tuek - terlalu kecil
kekeng - mengankang
kekgi - sekejap lagi
kelih(keleh) - lihat
kemah keming - sempurna
kerah ketung - terlalu keras
keta teksi - teksi
kepok gete/kepok gote/khepok gete - keropok lekor
khabak - panjat
khonyok - berlipat-lipat

koho-koho - beransur-ansur, ie. koho-koho doh ni
kohong - i.e. busuk kohong - busuk yang teramat
komang - (dari perkataan 'common')teruk, tidak bermutu
korang-nyor - alat kukuran kelapa
koyok - kupas buah
kkudda - kekuda

L
lagu tu - seperti itu
lambo(lambur) - beranda, seperti balkoni, biasanya terdapat pada luar rumah tradisional di hadapan pintu
lebong - tipu
lecoh - becak
lekpong - adalah kata wacana
lening - sekarang
lembek - tilam
leput - menguat perkataan warna putih, i.e putih leput

liuk (v. liut) - lemau
lolok - tipu
lopong - tercengang



M
makang pulut - kenduri, biasanya kenduri kahwin
malah - malas
maring (org. kelmarin)- semalam
mas jeput - sejenis makanan, kuih berwarna kuning
masing pekok - masin teramat sangat
mecheh - mancis
mender - benda
merah nyaler - merah yang terang

molek - sempurna, cantik, bagus
mung - kamu, engkau, awak
mMejed(silent M) - masjid

N
nano/buah - nakal/hyper active
nape - ape
nasi kunyit - nasi kuning
nawok - tipu
nebeng - melampau
nengung - merenung/berfikir sejenak
nganang - sejenis kuih yang amat manis, selalu dihidangkan selepas Sembahyang Terawih di bulan Ramadan
ngatuk - mengantuk
nganying(v. nganjing) - mempermain-mainkan, meniru gaya
ngepong - bonceng motorsikal
ngita - mengintai/skodeng
nyaknyer - (v. nyak nyer) - kesian -" nyaknyer awang tu " - kesian kat awang.
noneng - tergantung yang menoneng
noppat - lompat
nyodok - penyodok
nyor - kelapa, nyiur




batchpanther.blogspot.com

P
panah dering - cuaca panas yang melampau
patak - i.e. patak puyuk - bahagian bawah periuk, patak unjak - akar umbi
parok - mahal, banyak
pelang - mempelam
peng - ais, cth: milo peng - milo ais
piyer - siapa
pitih - duit
pieuu - penyu
pong - pun
plekong - baling/lempar
pulok - pula
pulut lepa - sejenis makanan tradiosional yang dibuat dari pulut, berbentuk silinder/rod dan dibungkus dalam daun pisang
punoh - rosak
puyuk - periuk

R
ralek - asyik
reboh - rebah
rege(v. geghe) - riuh, bercakap banyak
renyok - senget
retek - juga, i.e. aku nok gih retek
reti - mengetahui cara, pandai
rezak - susah/payah
rial(org. riyal) -ringgit
robok - almari
rohok - susah, payah
rok(1) - yang, yang mana, i.e. rok saya ka'bo arituh- yang mana saya bagi tahu hari itu
rok(2) - semak
rokrak - i.e. supik rokrak (grocery plastic bag)
royak - beritahu

S
samah(v. se amah) - 50 sen
sakok - terhalang
sapang - sampan
sapok - Jauh
se'eh - terlalu kenyang
sejuk ngoko - sangat sejuk
sekeh - ie sekeh kepala
sekok - tidak cukup ruang
seme - semua
seng - duit
senyap tupah - membisu
serek - selipar getah/ selipar jepun
sepit - sempit
smete - manggis
sohor - terkenal, glamour
sokmo - sentiasa, selalu
starang - Guna sebagai kata penguat(ie. dok tau starang abuk)
stengba - bersiap sedia
sumbakk - tersekat
suka - ketawa, menyukai
supit/supik - bag plastik
susuk - sorok

T
tak mboh - tidak mahu
taik - tahi
taik itik - sejenis makanan
tamboh - tambah
teksi - beca
tebeng - memaksa diri
tekkang - tekanan
tibang - pukul
timung cina - tembikai
tohok - buang
tok - nenek
tokki - datuk
tongong - bodoh, sbg satu penghinaan
tonyoh - sekeh, ie tonyoh kepala
tra(org. try) - cuba, testing
tranung - terengganu
tubik - keluar
tungggang-langgang - berterabur, tidak tersusun, bersepah

U
ubi - kentang
ubi stele - keledek
ulak - ulat
ulor - ular

W
wak(v. wat) - buat
wak lolok - tipu
wi(v. bui) - beri

Y
ye ye - beria-ia



batchpanther.blogspot.com

Saturday 20 August 2011

IBU

batchpanther.blogspot.com

Saat kau berumur 1 tahun,
dia menyuapi dan memandikanmu.
Sebagai balasannya, kau menangis sepanjang malam.


Saat kau berumur 2 tahun,
dia mengajarimu bagaimana cara berjalan.
Sebagai balasannya, kau kabur saat dia memanggilmu.


Saat kau berumur 3 tahun,
dia memasakkan semua makananmu dengan kasih sayang.
Sebagai balasannya, kau buang piring berisi makanan ke lantai.


Saat kau berumur 4 tahun,
dia memberimu pensil berwarna
Sebagai balasannya, kau coret-coret dinding rumah dan meja makan


Saat kau berumur 5 tahun,
dia membelikanmu pakaian-pakaian yang mahal dan indah.
Sebagai balasannya, kau memakainya untuk bermain di lumpur dekat rumah


Saat kau berumur 6 tahun,
dia mengantarmu pergi kesekolah.
Sebagai balasannya, kau berteriak.”TIDAKKKK MAU!!”


Saat kau berumur 7 tahun,
dia membelikanmu bola.
Sebagai balasannya, kau lemparkan bola ke jendela rumah.


Saat kau berumur 8 tahun,
dia memberimu ais krim.
Sebagai balasannya, kau tumpahkan hingga mengotori seluruh bajumu.


Saat kau berumur 9 tahun,
dia membayar mahal untuk tuisyen.
Sebagai balasannya, kau sering ponteng.


Saat kau berumur 10 tahun,
dia mengantarmu ke mana saja, dari kolam renang hingga pesta ulang tahun
Sebagai balasannya, kau melompat keluar kereta tanpa bersalam.


Saat kau berumur 11 tahun,
dia mengantar kau dan teman-temanmu ke bioskop.
Sebagai balasannya, kau minta dia duduk di baris lain


Saat kau berumur 12 tahun,
dia melarangmu untuk melihat rancangan TV khusus orang dewasa.
Sebagai balasannya, kau tunggu dia sampai di keluar rumah


Saat kau berumur 13 tahun,
dia menyarankanmu untuk memotong rambut, kerena sudah waktunya
Sebagai balasannya, kau katakan dia tidak tahu berfesyen.


Saat kau berumur 14 tahun,
dia membayar topup setiap kali diminta
Sebagai balasannya, kau tak pernah menelefonnya..


Saat kau berumur 15 tahun,
dia pulang kerja ingin memelukmu
Sebagai balasannya, kau kunci pintu bilikmu.


Saat kau berumur 16 tahun,
dia ajar kau membawa keretanya.
Sebagai balasannya, kau pakai keretanya setiap ada kesempatan tanpa peduli kepentingannya.


Saat kau berumur 17 tahun,
dia sedang menunggu telefon yang penting
Sebagai balasannya, kau pakai telefon nonstop semalaman


Saat kau berumur 18 tahun,
dia menangis terharu ketika kau lulus SPM
Sebagai balasannya, kau berpesta dengan temanmu hingga pagi.


Saat kau berumur 19 tahun,
dia membayar yuran kuliahmu dan mengantarmu ke kampus pada hari pertama.
Sebagai balasannya, kau minta diturunkan jauh dari pintu pagar agar kau tidak malu di depan teman-temanmu.


Saat kau berumur 20 tahun,
dia bertanya, “Dari mana?”
Sebagai balasannya, kau jawab,”Ah Ibu banyak soal, ingin tahu hal orang!”


Saat kau berumur 21 tahun,
dia menyarankan satu pekerjaan yang bagus untuk kariermu di masa depan.
Sebagai balasannya, kau katakan,”Aku tidak ingin seperti Ibu.”


Saat kau berumur 22 tahun,
dia memelukmu dengan terharu saat kau bergraduasi
Sebagai balasannya, kau tanya dia 'bila ibu nak balik.'


Saat kau berumur 23 tahun,
dia membelikanmu 1 set perabot untuk rumah barumu.
Sebagai balasannya, kau ceritakan pada temanmu betapa buruknya perabot
itu.


Saat kau berumur 24 tahun,
dia bertemu dengan tunanganmu dan bertanya tentang rancangan di masa depan
Sebagai balasannya, kau mengeluh,”Aduuh, ibu nie xde soalan lain kew nak tanya? urusan kami larh bila nak kahwin tu.ibu jgn masuk campur”


Saat kau berumur 25 tahun,
dia mambantumu menanggung perkahwinanmu
Sebagai balasannya, kau pindah ke bandar lain yang jaraknya lebih dari 500km.


Saat kau berumur 30 tahun,
dia memberikan beberapa nasihat bagaimana mengasuh bayimu.
Sebagai balasannya, kau katakan padanya,”Bu, sekarang zamannya sudah
berbeza!”


Saat kau berumur 40 tahun,
dia menelefon untuk memberitahukan ada saudara buat majlis perkaahwinan.
Sebagai balasannya, kau jawab,”Ibu, saya sibuk sekali, tidak ada waktu.”


Saat kau berumur 50 tahun,
dia sakit tenat sehingga memerlukan penjagaanmu
Sebagai balasannya, kau baca tentang pengaruh negatif orang tua yang
menumpang tinggal di rumah anak-anaknya.


Dan hingga suatu hari,
dia meninggal dengan tenang.
Dan tiba-tiba kau teringat banyak hal yang belum pernah kau lakukan untuk dia.


Perasaan bersalah datang menghentam HATI mu bagaikan dipalu-palu.


There is only one pretty child in the world and every mother has it. -Chinese Proverb-.


*JIKA BELIAU MASIH ADA, JANGAN LUPA MEMBERIKAN KASIH *


SAYANGMU HARUS LEBIH DARI YANG PERNAH KAU BERIKAN SELAMA INI.


[DAN JIKA BELIAU SUDAH TIADA, INGATLAH KASIH SAYANG DAN CINTANYA YANG TULUS TANPA SYARAT KEPADAMU?]


Semuanya belum terlambat jika kita mau untuk memperbaikinya.


Semoga bermanfaat.






batchpanther.blogspot.com

Bacalah

1- erm,nk cakap sikit dekat awak.. baca NO 5
2- Mmmm..cmnar na cakap? baca je la NO 8
3- na tahu ekh? ermm , baca NO 9
4- huh, drpd pening baek baca jap NO 15
...............5- cmna ek na cakap.. NO 17 je k..
..................6- kite nk ckp skrang tapi lebeh baek baca NO 16
7- kite akan ckp tp baca dulu NO 2
8- yg kite nk ckp neh simple ja..tp baca dlu NO 4 k?
9- tak payah la b’debar2 cm2..cume baca jap NO 18
10- Blom lg la..baca NO 19 ye..
11- da pnt ke? Baca jap NO 13
12- sbnrnye kite nk ckp kalau...(ah baca no 3 la)
13- tggal sikit ja lg bce NO 20
14- argh,pnt nih..bce NO 1
15- adush,dah pning dh ni.. baca la NO 6
16- laa, masih tak phm lg ka? Baca NO 12
17- ades, nk ckp nih..baca NO 7
18- kite ta tahu klu awk paham..tlg baca NO 10
19. Baca NO 11 dgn tenang ye..nanty awk akan tahu..
20- okex okex,skg kite ckp..bce NO 14, tp slow2 ja

Friday 19 August 2011

Zaman dulu

budak2 yg lahir pd thn 70/80/90an mesti ingat mase skola rendah dulu: -
* kat skola ade salesman jual buku cerita. ari ni bg list, esok mintak duit beli walaupun cerita buku tu dah tau. salesman susu pon camtu gak. * kat library, budak2 mmg baca buku tp just tengok gamba je. bile ade program Nilam, sebok semua nak pinjam buku. * RMT kat skola mkn x best, tp yg berduit pon join RMT, x phm.... * pakai pensel box yg bole bukak dpn blkg, pastu ade sharpener kat tgh2 die. * main lwn pemadam, syg nak guna utk padam. padahal itu fungsi sbnr, utk padam! * pakai pembaris yg bergerigi, kat dlm ade air pastu ade bende berkilat dlm air tu. * cikgu pakai pembaris kuning pjg. Ade pemegang kat tgh2 tp x penah nmpk cikgu pgg pon kat situ. * bulu ayam jd ramping krn sering dijadikan rotan. * time pendidikan seni, lukis sume boleh tp bile time kaler sume hampeh. ade gak buat anyaman pakai kertas warna, kolaj la, ape la... * main game 2D. super contra, super mario, street fighter, sume pakai tape. * jam tgn Boy London jd idaman, sbb bole tuka2 kaler ikut suhu n cuaca. * takut BCG tp lepas inject poyo la pulak... * balik skola beli JoJo xpon Dendang. Tora pon best gak. Beli se mata2 nak mainan, coklat die x mkn pon. * Kasut berlampu kat tapak, yg iklan die kat tV bole tembak alien tu... * Siri kartun; power rangers, ultraman, transformers, ninja turtles, Thundercats, maskman, Gaban dan mcm lg. jgn lupe sume ni sbb zaman skrg budak2 x smpt lyn bende2 ni..asyik ngadap tv n ps.. kite akan sentiasa berubah, cume asal-usul kite yg permanent. huhu~ ni la baru zaman kita kawan2 pas r kt member2 korang.... mesti diorg tersengeh2 bace mende nih..
bcela kwn2 sekalian.. sje nk k0ngsy2.

! u're welcome..!: hati-hati dengan cermin di fitting room \(^o^)/

! u're welcome..!: hati-hati dengan cermin di fitting room \(^o^)/: "BAGAIMANA MENGENAL PASTI CERMIN 2 ARAH ? Ketika kita masuk ke toilet, bilik mandi, bilik hotel, ruang ganti pakaian, dan lain-lain, seberapa..."

Wednesday 17 August 2011

Datok

Tiga sekawan berusia 5 tahun bercerita tentang kehebatan datuk masing-masing.

Eman : “Datuk aku kuat…. Kalau bertanding silat, tak pernah kalah.”
Emon : “Datuk aku lagi kuat. Dia pernah tumbangkan seekor kerbau yang tengah mengamuk.”
Eman : “Datuk kau kuat x, Emin?”
...Emin : “Aku rasa datuk aku lagi kuat daripada datuk kau berdua. Dah 20 tahun dia tinggal dalam tanah, sampai sekarang x keluar-keluar lagi.”
Eman dan Emon : “Ye laaa…. kuatnya datuk kau.”

Monday 15 August 2011

Kapel...

HAYATI LAH::) SEBELUM COUPLE :
L: ye! abg dh lme tnggu saat nie!!
P: abg nk tngglkn syg ke??
L: mestilah x? tolong jgn fkir mcm 2. xmngkin jadi!!
P: abg cntakn sygkan??
L: ye,tiap hari!!
P: abg prnh tipu syg x??
L: x! nape syg sllu tnye cm2!!
P: abg akn selalu kluar dengan syg tk??
L: stiap kali ada pluang abg tk kan lepaskn!!
P: abg akn pkul syg??
L: giler ke?abg bkn llki cm2!!
P: bleh ke syg prcyekn abg??
L: yaa!!
P: syg..
SELEPAS COUPLE : baca dari bawah hingga atas pulak :)

Sunday 14 August 2011

Ringgit Malaysia $$$


Duit RM1 telah bertemu dengan duit RM50 dan bertanya: " Oit, lama tak nmpak, mna ko pergi?" RM50 mnjwb," Aku pergi merata tmpt. Pergi stadium tgk bola, gi Karaoke, tengok wayang, lepak One Utama, konsert AF, M'sian Idol..tempat2 cam tuh lah. Eh, ko camner lak?" RM1 menjwb perlahan seraya menunduk, "Hmm..biasa lah.. Balik-balik tempat sama.. surau , masjid, surau,masjid... ". Renung2 kn & slmt beramal.

Thursday 11 August 2011

is3 @ isthree @ isteri???



Suami: Lelaki kawin 3 baru sah.
Isteri: Y?
Suami: Cuba t'jemah dlm English,1 is one,2 is two,3 is three (isteri).Baru sah. Isteri: Tp abg kena fhm ttg singular n plural.
Suami: Mksdnya?
Isteri: 1 tu Singular,2 atau lebih Plural.
...Suami: Cnth?
Isteri: 1 car tu singular,2 cars tu plural.Apa beza?
Suami: Tmbh huruf s utk yg plural.
Isteri: Betul.Sama juga la utk abg.1 isteri abg MAMPU,2 isteri dah jadi plural,abg MAMPUS,tambah s je,kn?

CONTACT

         Nak contact saya ke? takyah la. saya tak penting pon.
hahaha... saya gurau je. kalau nak tanya pape bleh pergi kat FB saya, Saiful Islam Adnan.
         Takkan saya ada FB je, mesti ada yang lain. kalau nak tweet saya bleh tweet kat @sir125.

          Kalau email pn bleh kat sirlamt125@gmail.com

Wednesday 10 August 2011

10... lagi 20...

             Pejam celik pejam celik sudah hari kesepuluh kita berpuasa. Maknanya lagi 2puluh hari lagi kita kena puasa dan hari ke 30 kita raya. Yeaa... hahaha. Anda semua sudah beli baju raya belum? ada yang sudah beli ada yang belum. Yang belum beli tu cepat-cepat la beli. Nanti tak sempat nak beli bila da dekat dengan raya. Nak beli pun payah. Orang ramai sangat. Sedap je duk suruh orang lain beli baju raya, saya sendiri pun belum beli baju raya. hahaha... Papepun jangan tinggal puasa. Nanti nak ganti balik lagi malas. Eh, macam pernah tinggal puasa je saya ni sebab tahu-tahu je malas nak ganti balik. Saya tak pernah tinggal puasa, tapi kawan-kawan saya yang ponteng puasa macam tu la jadinya, malas nak ganti balik.

Monday 8 August 2011

Jari...???

Kisah berlaku waktu satu rombongan guru pelatih membuat rombongan ke tempat bersejarah. Bila sampai ke tempat yang dituju para guru pelatih mendapati tempat tersebut merupakan satu yang tidak pernah dikunjung oleh sesiapa…lengang, sepi!

Maka guru pelatih bermula turun untuk melihat kesan sejarah yang ada di tempat tersebut. Pada permulaan, mereka berkumpul bersama melihat kesan sejarah yang ada. Lebih kurang sejam selepas itu mereka berpecah menuju ke tempat sejarah yang mereka sukai.

Nak jadi cerita, seorang guru pelatih perempuan yang begitu tekun mencatit dan mengarang maklumat yang ada pada kesan sejarah tersebut, tanpa disedar,dah tertinggal.

Yang trainer pulak ingat semua cikgu-cikgu dah ada dalam bas, so mereka bertolak untuk balik.

Cikgu pelatih yang tertinggal tu mula gabra…menjerit sekuat hati, cemas giler panggil kawan-kawan dia dan pelatih yang lain. Tapi hampa.

So dia tekad berjalan nak keluar dari tempat berkenaan menuju ke kampung berdekatan. Sejam berjalan tetapi masih tidak menjumpai sesiapa. Startlah letih dan menangis panggil mak ayah.

Pusing pusing nampak satu pondok kecik berdekatan dengan tempat tu. so dia pegi ketuk pintu. Keluar seorang pemuda anggaran umur linkungan lewat 20an dan bertanya: siapa kamu? Jawablah cikgu tadi yang dia tertinggal bas rombongan, dan tak tahu nak pulang.

Berkatalah lelaki tadi bahawa tempat yang ingin ditujunya berletak di selatan dan tempat mereka berada di utara, dan tempat tu memang tak didiami sesiapa. Maka menangislah cikgu tadi bagai orang hilang akal…

Disebabkan kesian, lelaki tu menyuruh cikgu tadi bermalam dipondok dia je sementara tunggu subuh untuk di hantar pulang.

Cikgu tu disuruh tidur atas katil lelaki tersebut manakala lelaki itu tidur atas lantai berhamparkan kain je dan ambil sehelai kain lain digantung sebagai pengadang tempat tidur antara dia dan cikgu tu.

Lelaki tadi duduk dipenjuru pondok dan membaca buku. Yang cikgu tu tutup seluruh badan dia ngan kain gebar menahan menangis dek takut dan tak henti matanya mengawasi lelaki misteri tu.

Tiba-tiba lelaki tu tutup buku dan pergi kat lilin yang menyala dan membakar jarinya satu persatu.
Cikgu tadi apalagi, bertambah kecut perut takut kerana berfikir bahawa lelaki tersebut mengamalkan ilmu songsang.. mengeletar giler maut… Maka kedua-duanya tidak tidur sehingga pagi…

Bila menjelang pagi lelaki tersebut menghantar cikgu tadi ketempat asalnya.

Bila dah sampai rumah, cikgu tadi pun menceritakan apa yang terjadi kat mak bapak dia. Bapak cikgu tu dengan seribu satu persoalan mengesyaki sesuatu berlaku, sebab tengok anak dia nampak sakit, pucat lesi dan takut amatlah sangat.

Si bapa pun pergi ke tempat yang dimaksudkan anaknya tu. Menyamar sebagai pemburu yang tersesat dan bertanya tempat tuju. Dalam hati si bapa tadi hairan tengok jari jari tangan lelaki tadi berbalut dan bertanya kenapa…

So lelaki tu pun cerita bahawa dua malam lepas datang seorang perempuan cantik elok paras rupa untuk tumpang bermalam dipondok beliau. Dan sudah tentu pada ketika itu syaitan iblis sudah berada bersama mereka. Disebabkan takut terjadinya perkara yang tidak diingini berlaku, beliau membakar jarinya satu persatu supaya dapat menghindarkan diri dari berfikir memperkosa perempuan tersebut.

Mendengar penerangan lelaki tersebut si bapa mempelawa lelaki berbalut jari itu datang kerumahnya dan berhajat mengahwinkan anaknya kepada lelaki tersebut.., tanpa pengetahuan lelaki tu yang bahawasanya perempuan yang akan dikahwininya adalah perempuan yang menumpang tidur di katil nya 2 malam yang sudah…

MORAL CERITA :

Apabila kita nak lakukan dosa, cubalah kita letakkan tangan kita di atas api. Jika kita mampu menahan kepedihan api tanpa rasa sakit, lakukan dosa tersebut TETAPI jika kita tak mampu.

Ingatlah bahawasanya api di dunia ini telah di hilangkan bisa neraka selama beribu2 tahun baru diletak di dunia ni, dan cuba kita bayang dan rasakan kepedihan api sebenarnya iaitu Api Neraka..


batchpanther.blogspot.com

Assalamualaikum... Selamat Tinggal

Salam...


Aikk!!!!! Mesti anda pelik baca tajuk kat atas tu. yela mula-mula "Assalamualaikum" lepas tu "Selamat Tinggal". Sebenarnya saya nak cerita pasal "Assalamualaikum" dan ucapan "Selamat Tinggal" tu. Janganlah anda semua guna "Assalamualaikum" dengan singkatan. tapi kenapa kat atas tu tulis "salam" je tak tulis penuh??? hanya singkatan "salam" je yang dibenarkan.Jangan guna "A'kum" kerana "A'kum" bermaksud "binatang" dalam bahasa Yahudi. Jangan guna "Semekom" kerana "Semekom" bermaksud "celaka kamu". Jangan guna "Bye" untuk ucapkan selamat tinggal kerana "Bye" adalah jarum sulit Kristian yang bermaksud "Di Bawah Naungan Pope". Gunalah "Tata" untuk ucapkan selamat tinggal untuk lebih selamat. Bagi saya ucapan selamat tinggal tidak sedap didengar kerana ucapan tersebut seolah-olah kita tidak akan berjumpa lagi. Lebih baik hanya ucapkan "Tata". Tolong sebarkan maklumat ini kepada umat Islam yang lain, untuk elakkan diri daripada membuat dosa...





Friday 5 August 2011

AYAHKU!!!

inilah ayah saya 
        Tajuk yang saya hendak cerita hari ini ialah AYAHKU. Ayahku? Kenapa dengan ayah saya? Sebenarnya cerita ini berkaitan dengan ayah saya dan saya semalam. Ceritanya bermula apabila pakcik saya yang dekat Kuantan ajak saya kerja dengan dia. Kerja apa? dia ajak saya kerja dekat kedai 'Uncle Bob'. anda pernah dengar ke nama kedai itu?
inilah kedai Uncle Bob
Pada mulanya ayah saya bagi saya pergi kerja dekat sana. Tetapi semalam lain pula jadinya. Ayah saya tiba-tiba tak bagi saya pergi Kuantan. Dia cakap tak payah la pergi, tidur je kat rumah ini. lepas je dia cakap macam tu saya terus rasa nak marah. sapa la yang tak marah kalau tiba-tiba je tak bagi. TAPI!!1 ada tapi juga ke? tapi apa? tapi saya tak lawan pun apa yang dia cakap. saya diam je masa dia cakap tu. Apa kaitan tidur dengan dia marah? Sebenarnya semalam ayah ajak pergi tempat dia kerja, tapi saya tidur. Tu yang dia marah je. tapi ada satu lagi yang saya pelik, adik saya pun kena marah jugak tapi kena marah dengan ma saya. masa 'call' dia, dia cakap ma 'call' dia then kena marah pasal tiket bas balik raya yang tak beli lagi. harini baru dia beli tiket balik tapi ada tiket awal je (25 Ogos). sepatutnya dia cuti 26 Ogos. terpaksa la ponteng sehari. sekali-sekala ponteng apa salahnya, hahaha. jangan anda ikut apa yang saya cakap tadi sebab tak baik untuk kesihatan. berbalik pada tajuk, saya tak boleh nak lawan cakap ayah saya sebab:
1- saya anak dia
2- saya hormat dia sebagai orang lagi tua
3- dia jaga saya dari kecil lagi

PERINGATAN
buat sesiapa yang rasa dia masih ada mak ayah,
1- janganla lawan cakap mereka kerana mereka sudah jaga kita dari kecil lagi. Apa yang mereka cakap kita kena ikut kecuali sudah melampaui batas atau melanggar syarak.
2- banyakkan berbuat kebaikan kepada mereka, banyakkan tolong mereka.
3- banyakkan berdoa untuk mereka






batchpanther.blogspot.com

Monday 1 August 2011

keindahan nombor nombor




1 x 8 + 1 = 9
12 x 8 + 2 = 98
123 x 8 + 3 = 987
1234 x 8 + 4 = 9876
12345 x 8 + 5 = 98765
123456 x 8 + 6 = 987654
1234567 x 8 + 7 = 9876543
12345678 x 8 + 8 = 98765432
123456789 x 8 + 9 = 987654321


1 x 9 + 2 = 11
12 x 9 + 3 = 111
123 x 9 + 4 = 1111
1234 x 9 + 5 = 11111
12345 x 9 + 6 = 111111
123456 x 9 + 7 = 1111111
1234567 x 9 + 8 = 11111111
12345678 x 9 + 9 = 111111111
123456789 x 9 +10= 1111111111


9 x 9 + 7 = 88
98 x 9 + 6 = 888
987 x 9 + 5 = 8888
9876 x 9 + 4 = 88888
98765 x 9 + 3 = 888888
987654 x 9 + 2 = 8888888
9876543 x 9 + 1 = 88888888
98765432 x 9 + 0 = 888888888


Hebatkan?

Dan cuba lihat simetri ini:


1 x 1 = 1
11 x 11 = 121
111 x 111 = 12321
1111 x 1111 = 1234321
11111 x 11111 = 123454321
111111 x 111111 = 12345654321
1111111 x 1111111 = 1234567654321
11111111 x 11111111 = 123456787654321
111111111 x 111111111 = 12345678987654321


Sekarang tengok ini

101%Dari sudut pandangan matematik :
Apakah ia sama dengan 100%?
Adakah ia bermaksud LEBIH dari 100%?
Kita selalu mendengar orang berkata dia beri lebih dari 100%?
Kita selalu dalam situasi di mana seseorang mahukan kita BERIKAN SEPENUHNYA 100%
Bagaimana nak MENCAPAI 101%?
Apakah nilai 100% dalam hidup?
Mungkin sedikit formula matematik di bawah boleh membantu mendapatkan jawapannya.

Jika:
ABCDEFGHIJKLMNOPQRSTU VWXYZ
Digambarkan sebagai:

1 2 3 4 5 6 7 8 9 10 11 12 13 14 15 16 17 18 19 20 21 22 23 24 25 26.

Jika:
KERJA KERAS

11 + 5 + 18 + 10 + 1 + 11 + 5 + 18 + 19 + 1= 99%

H-A-R-D-W-O-R- K

8+1+18+4+23+15+18+11 = 98%

Dan:
Knowledge

11 +14 +15 +23 + 12 5 +4 +7 + 5 = 96%

Serta
SIKAP

19 + 9 + 11 + 1 + 16 + 4 + 9 + 18 + 9= 96%

Dalam Bahasa Inggeris;
A-T-T-I-T-U-D-E

1+20+20+9+20+21+4+5 = 100%

Sikap diri atau attitude adalah yang utama untuk mencapai 100%. Jika kita bekerja keras sekalipun tetapi jika tiada attitude masih belum dapat 100% lagi.

Tapi

LOVE OF GOD

12 +15 +22 +5 +15 + 6 +7 +15 +4 = 101%

atau

SAYANG ALLAH

19 + 1 + 25 + 1 + 14 + 7 + 1 + 12 + 12 + 1 + 8 = 101%



try wt nme korang plak... 
batchpanther.blogspot.com

JAM TANGAN

Saupi menaiki kereta api ke KL. Penumpangnya agak sesak.
Antara penumpang yg ramai tu ada seorg tua yg duduk di
sebelahya. Setelah lama berdiam diri, sambil menguap Saupi
brtanya kpd org tua tersebut, " Pakcik, skrg pukul brp?"

Org tua tersebut tidak menjwb. Saupi pikir, mungkin org tua
ni kurang pendengaran lalu dia mengulangi pertanyaan sampai
3Xi. Namun org tua tu tetap berdiam diri tanpa sebarang kata.
Saupi dg agak geram mencuit org tua tersebut & berkata,
"Saya hairan mengapa pakcik tidak menjwb pertanyaan saya.
Salahkah saya bertanya?"

Orang tua itu menoleh sambil berkata, "Bukannya saya tak mau
jwb, tapi nanti kalau saya jwb, kita pasti akan bersoal jwb ttg
lain2 perkara pulak. Dan akhirnya kita akan bertambah mesra."

Saupi termangu mendengar kata2 org tua itu. Terus dia bertanya
lagi, "Apa salahnya kalau kita menjadi lebih mesra?"

Orang tua itu menjwb, "Apb kita bertambah mesra, nnt apb dah
sampai ke stesen, nnt kita akan turun bersama2. Saya nantinya
pasti akan memperkenalkan kamu kpd anak gadis dan isteri saya
yg dtg menjemput saya."

"Isteri saya orgnya baik sekali. Takut nnt dipelawanya kamu ke
rumah. Nnt kamu akan mandi & berehat di rumah say. Kami juga
akan menjamu kamu di rumah saya. Setelah itu kamu jadi rapat
dg anak gadis saya & kamu akan jadi teman lelaki anak saya. Lama2
kamu akan menjadi menantu saya," katanya lagi.

Saupi menjadi semakin bingung lalu dia terus bertanya, "Pakcik, apa
hubungannya semua ini dg pertanyaan saya yg pertama tadi? Saya
cuma nak tahu skrg ni pukul brp?"

Sambil berdiri org tua tersebut menjwp dg lantang, "Masalahnya?
Masalahnya AKU TIDAK MAHU MEMPUNYAI MENANTU SPT KAMU.
JAM TANGAN PUN TAKDERRR!"

Addduuu, jauh sungguh pemikiran org tuan ni. Sungguh futuristik!





batchpanther.blogspot.com

Friday 29 July 2011

VIRUS FB

VIRUS FB SEMAKIN BAHAYA :
Virus terbaru di FB mengunakn gambar anda.....ia akan mengatakn bahawa anda telah di tagkn di dalam suatu gambar....dan ia akan menghantar 1 link yang membawa virus...bila anda terkena...ia akan merosakkan program dalam computer dan semua account anda.. sekali anda terkena...ia akan menghantar e-mail ke kawan anda dan mengatakn perkara yang sama.....sila sebar kan perkara ini....




batchpanther.blogspot.com

Thursday 28 July 2011

lawak atau lucah

Seorang guru, Cikgu Murni (Umur: 22) menghadapi masalah dengan salah seorang muridnya (Abu).


Lalu guru ini bertanya kepada murid tersebut : “Apa sebenarnya masalah awak, Abu?”


Lalu Abu menjawab, “Saya terlalu cerdik untuk berada di darjah 4, kakak saya menduduki UPSR dan saya lebih cerdik dari dia, maka saya seharusnya berada di tempat yang sama juga!”.


Cikgu Murni dah tak tertahan. Dia bawa Abu ke pejabat pengetua. Sementara Abu menunggu di ruang tamu, Cikgu Murni terangkan keadaan tersebut kepada pengetua. Pengetua mengatakan yang dia akan berikan ujian kepada Abu dan jika Abu gagal menjawab, maka Abu harus kekal di darjah 3 dan berkelakuan baik.


Abu dibawa masuk ke pejabat Pengetua dan Cikgu Murni terangkan pada Abu dan Abu bersetuju untuk ambil ujian yang akan diberikan.


Pengetua: Apa 3 x 3?


Abu: 9


Pengetua: Apa 6 x 6?


Abu: 36


Pengetua terus bertanyakan soalan2 berdasarkan tahap pencapaian murid2 UPSR dan si Abu mampu menjawab tiap soalan yang diberikan. Lalu pengetua memandang Cikgu Murni dan berkata, “Saya rasa murid ini sepatutnya berada di darjah 6″, Lalu Cikgu Murni berkata pada pengetua, “Saya ada soalan saya sendiri, boleh tak saya ajukan pada Abu?”. Pengetua dan Abu bersetuju.


Cikgu Murni: Apa yang lembu ada 4 di badan, tapi saya cuma ada dua?


Abu: (berfikir) Kaki


Cikgu Murni: Apa yang ada di dalam seluar kamu tapi tidak pada seluar saya?


Abu: Saku


Cikgu Murni: Apa yang bermula dengan huruf “K” akhir dengan “A”, ianya berbulu, berbentuk oval, nyaman dan mengandungi lapisan nipis keputihan?


Abu: Kelapa


Cikgu Murni: Apakah yang masuk keras dan berwarna “pink”, bila keluar lembik dan melekit?


Mata Pengetua terbuka luas dan sebelum sempat dia menahan, siAbu terus menjawab.


Abu: Gula-gula getah (Bubblegum)


Cikgu Murni: Apa yang mereka lakukan, lelaki secara berdiri, wanita secara duduk dan anjing secara tiga kaki?


Mata Pengetua sekali lagi terbuka sangat2 luas dan sebelum dia sempat hendak menahan si Abu terus menjawab.


Abu: Bersalaman


Cikgu Murni: Baik, sekarang saya akan ajukan soalan berbentuk siapakah saya, okay?


Abu: Baik Cikgu


Cikgu Murni: Awak memasukkan batang kedalam saya. Awak ikat saya untuk saya berdiri. Saya kebasahan sebelum awak.


Pengetua kelihatan resah dengan soalan yang diajukan oleh Cikgu Murni.


Abu: KhemahCikgu Murni: Jari memasuki saya. Awak menggesel-gesel saya bila awak teringatkan saya. Lelaki idaman akan mendapat saya dahulu.


Pengetua semakin resah dan tidak selesa. Lantas terus meneguk segelas Nescafe 3in1.


Abu: Cincin perkahwinan


Cikgu Murni: Saya ada bermacam-macam saiz. Bila saya sakit saya akan meleleh. Bila saya keluar, banyak tisu yang akan digunakan. Bila awak hembuskan saya, akan berasa lega.


Sekali lagi pengetua rasa amat resah dengan soalan yang di ajukan oleh Cikgu Murni dan ingin membantah, tapi si Abu mendahuluinya.


Abu: Hidung


Cikgu Murni: Saya batang yang keras.. Hujungnya tajam. Saya akan datang dan masuk dengan lajunya.


Abu: Anak panah


Cikgu Murni: Sekarang saya akan ajukan soalan dalam Bahasa Inggeris, okay?


Abu: Okay


Cikgu Murni: What word starts with a ‘F’ and end in ‘K’ that means lot of heat and excitement?


Abu: Firetruck


Cikgu Murni: What word starts with a ‘F’ and ends in ‘K’ & if you dont get it you have to use your hand.


Abu: Fork


Cikgu Murni: What is it that all men have one of. It’s longer on some men than on others, the pope does not use his, and a man gives it to his wife after they are married?


Abu: Surname


Cikgu Murni: What part of the man has no bones but has muscles, lots of veins and loves pumping?


Abu: Heart


Pengetua menghembuskan nafas kelegaan bila mendengar jawapan yang diberikan oleh si Abu, lantas berkata “Baik hantar murid ini ke Universiti Malaya; jawapan yang saya fikirkan semuanya salah”.










p/s : Jika jawapan anda semua salah, anda adalah sama spesies dengan pengetua yang mempunyai pemikiran kuning…..hehehe
batchpanther.blogspot.com

Experience the new BlackBerry #MaxisPlayBook OS which is normally used to powers nuclear plants!

Experience the new BlackBerry #MaxisPlayBook OS which is normally used to powers nuclear plants!

batchpanther.blogspot.com

Experience a whole new level of rocking at #XPlayOpera ! Can't miss this!

Experience a whole new level of rocking at #XPlayOpera ! Can't miss this!

batchpanther.blogspot.com