Friday 29 July 2011

VIRUS FB

VIRUS FB SEMAKIN BAHAYA :
Virus terbaru di FB mengunakn gambar anda.....ia akan mengatakn bahawa anda telah di tagkn di dalam suatu gambar....dan ia akan menghantar 1 link yang membawa virus...bila anda terkena...ia akan merosakkan program dalam computer dan semua account anda.. sekali anda terkena...ia akan menghantar e-mail ke kawan anda dan mengatakn perkara yang sama.....sila sebar kan perkara ini....




batchpanther.blogspot.com

Thursday 28 July 2011

lawak atau lucah

Seorang guru, Cikgu Murni (Umur: 22) menghadapi masalah dengan salah seorang muridnya (Abu).


Lalu guru ini bertanya kepada murid tersebut : “Apa sebenarnya masalah awak, Abu?”


Lalu Abu menjawab, “Saya terlalu cerdik untuk berada di darjah 4, kakak saya menduduki UPSR dan saya lebih cerdik dari dia, maka saya seharusnya berada di tempat yang sama juga!”.


Cikgu Murni dah tak tertahan. Dia bawa Abu ke pejabat pengetua. Sementara Abu menunggu di ruang tamu, Cikgu Murni terangkan keadaan tersebut kepada pengetua. Pengetua mengatakan yang dia akan berikan ujian kepada Abu dan jika Abu gagal menjawab, maka Abu harus kekal di darjah 3 dan berkelakuan baik.


Abu dibawa masuk ke pejabat Pengetua dan Cikgu Murni terangkan pada Abu dan Abu bersetuju untuk ambil ujian yang akan diberikan.


Pengetua: Apa 3 x 3?


Abu: 9


Pengetua: Apa 6 x 6?


Abu: 36


Pengetua terus bertanyakan soalan2 berdasarkan tahap pencapaian murid2 UPSR dan si Abu mampu menjawab tiap soalan yang diberikan. Lalu pengetua memandang Cikgu Murni dan berkata, “Saya rasa murid ini sepatutnya berada di darjah 6″, Lalu Cikgu Murni berkata pada pengetua, “Saya ada soalan saya sendiri, boleh tak saya ajukan pada Abu?”. Pengetua dan Abu bersetuju.


Cikgu Murni: Apa yang lembu ada 4 di badan, tapi saya cuma ada dua?


Abu: (berfikir) Kaki


Cikgu Murni: Apa yang ada di dalam seluar kamu tapi tidak pada seluar saya?


Abu: Saku


Cikgu Murni: Apa yang bermula dengan huruf “K” akhir dengan “A”, ianya berbulu, berbentuk oval, nyaman dan mengandungi lapisan nipis keputihan?


Abu: Kelapa


Cikgu Murni: Apakah yang masuk keras dan berwarna “pink”, bila keluar lembik dan melekit?


Mata Pengetua terbuka luas dan sebelum sempat dia menahan, siAbu terus menjawab.


Abu: Gula-gula getah (Bubblegum)


Cikgu Murni: Apa yang mereka lakukan, lelaki secara berdiri, wanita secara duduk dan anjing secara tiga kaki?


Mata Pengetua sekali lagi terbuka sangat2 luas dan sebelum dia sempat hendak menahan si Abu terus menjawab.


Abu: Bersalaman


Cikgu Murni: Baik, sekarang saya akan ajukan soalan berbentuk siapakah saya, okay?


Abu: Baik Cikgu


Cikgu Murni: Awak memasukkan batang kedalam saya. Awak ikat saya untuk saya berdiri. Saya kebasahan sebelum awak.


Pengetua kelihatan resah dengan soalan yang diajukan oleh Cikgu Murni.


Abu: KhemahCikgu Murni: Jari memasuki saya. Awak menggesel-gesel saya bila awak teringatkan saya. Lelaki idaman akan mendapat saya dahulu.


Pengetua semakin resah dan tidak selesa. Lantas terus meneguk segelas Nescafe 3in1.


Abu: Cincin perkahwinan


Cikgu Murni: Saya ada bermacam-macam saiz. Bila saya sakit saya akan meleleh. Bila saya keluar, banyak tisu yang akan digunakan. Bila awak hembuskan saya, akan berasa lega.


Sekali lagi pengetua rasa amat resah dengan soalan yang di ajukan oleh Cikgu Murni dan ingin membantah, tapi si Abu mendahuluinya.


Abu: Hidung


Cikgu Murni: Saya batang yang keras.. Hujungnya tajam. Saya akan datang dan masuk dengan lajunya.


Abu: Anak panah


Cikgu Murni: Sekarang saya akan ajukan soalan dalam Bahasa Inggeris, okay?


Abu: Okay


Cikgu Murni: What word starts with a ‘F’ and end in ‘K’ that means lot of heat and excitement?


Abu: Firetruck


Cikgu Murni: What word starts with a ‘F’ and ends in ‘K’ & if you dont get it you have to use your hand.


Abu: Fork


Cikgu Murni: What is it that all men have one of. It’s longer on some men than on others, the pope does not use his, and a man gives it to his wife after they are married?


Abu: Surname


Cikgu Murni: What part of the man has no bones but has muscles, lots of veins and loves pumping?


Abu: Heart


Pengetua menghembuskan nafas kelegaan bila mendengar jawapan yang diberikan oleh si Abu, lantas berkata “Baik hantar murid ini ke Universiti Malaya; jawapan yang saya fikirkan semuanya salah”.










p/s : Jika jawapan anda semua salah, anda adalah sama spesies dengan pengetua yang mempunyai pemikiran kuning…..hehehe
batchpanther.blogspot.com

Experience the new BlackBerry #MaxisPlayBook OS which is normally used to powers nuclear plants!

Experience the new BlackBerry #MaxisPlayBook OS which is normally used to powers nuclear plants!

batchpanther.blogspot.com

Experience a whole new level of rocking at #XPlayOpera ! Can't miss this!

Experience a whole new level of rocking at #XPlayOpera ! Can't miss this!

batchpanther.blogspot.com

girl and boy

GIRL: awk..harini kite keluar sy nk pakai bj kurung ek..
BOY: bju kurung?mcm org kmpong la..kita bkn nk pergi kenduri 
GIRL: tapi..
BOY: dah2.tak yah tapi2..kite nk pergi mall, awk igt kte nk pergi beraye ke
GIRL: tp baju kurung kn nmpak sopan dan ayu..
BOY: bt apa nk jd sopan dan ayu..?awk kna pakai sexy2..baru ikut trend
GIRL:kalau sy mati dan ditanya napa sy berpakaian sexy..awak akn tlg bantu saya??
BOY:errr..




batchpanther.blogspot.com

Wednesday 27 July 2011

QUESTION!!!

Teka-Teki Daripada Imam Ghazali




Suatu hari Imam Al-Ghazali berkumpul dengan murid-muridnya dan kemudian beliau memberikan pertanyaan teka-teki…

Imam Ghazali : “Apakah yang paling dekat dengan diri kita di dunia ini?”
Murid 1 : Orang tua
Murid 2 : Guru
Murid 3 : Teman
Imam Ghazali : Semua jawapan itu benar. Tetapi yang paling dekat dengan kita ialah MATI. Sebab itu adalah janji Allah SWT bahawa setiap yang berjiwa pasti akan merasakan mati (Surah Ali-Imran : 185).

Imam Ghazali : “Apa yang paling jauh dari kita di dunia ini?”
Murid 1 : Negeri Cina
Murid 2 : Bulan
Murid 3 : Matahari
Iman Ghazali : Semua jawapan itu benar. Tetapi yang paling benar adalah MASA LALU. Bagaimanapun kita, apapun kenderaan kita, kita tetap tidak akan dapat kembali ke masa yang lalu. Oleh sebab itu kita harus menjaga hari ini, hari esok dan hari-hari yang akan datang dengan perbuatan yang sesuai dengan ajaran Agama.

Imam Ghazali : “Apa yang paling besar di dunia ini?”
Murid 1 : Gunung
Murid 2 : Matahari
Murid 3 : Bumi
Imam Ghazali : Semua jawapan itu benar, tapi yang besar sekali adalah HAWA NAFSU (Surah Al A’raf : 179).

“Dan sesungguhnya Kami jadikan untuk (isi neraka Jahanam) kebanyakan dari jin dan manusia, mereka mempunyai hati, tetapi tidak dipergunakannya untuk memahami (ayat-ayat Allah SWT) dan mereka mempunyai mata (tetapi) tidak dipergunakannya untuk melihat (tanda-tanda kekuasaan Allah SWT), dan mereka mempunyai telinga (tetapi) tidak dipergunakannya untuk mendengar (ayat-ayat Allah SWT). Mereka itu sebagai binatang ternak, bahkan mereka lebih sesat lagi. Mereka itulah orang-orang yang lalai”.

Imam Ghazali : “Apa yang paling berat di dunia?”
Murid 1 : Baja
Murid 2 : Besi
Murid 3 : Gajah
Imam Ghazali : Semua itu benar, tapi yang paling berat adalah MEMEGANG AMANAH (Surah Al-Azab : 72).

“Sesungguhnya Kami telah mengemukakan amanat kepada langit, bumi dan gunung-gunung, maka semuanya enggan untuk memikul amanat itu dan mereka khuatir akan mengkhianatinya, dan dipikullah amanat itu oleh manusia. Sesungguhnya manusia itu amat zalim dan amat bodoh”.

Yang dimaksud dengan amanat di sini ialah tugas-tugas keagamaan.
Tumbuh-tumbuhan, binatang, gunung, dan malaikat semua tidak mampu ketika Allah SWT meminta mereka menjadi khalifah (pemimpin) di dunia ini. Tetapi manusia dengan sombongnya berebut-rebut menyanggupi permintaan Allah SWT sehingga banyak manusia masuk ke neraka karena gagal memegang amanah.

Imam Ghazali : “Apa yang paling ringan di dunia ini?”
Murid 1 : Kapas
Murid 2 : Angin
Murid 3 : Debu
Imam Ghazali : Semua jawaban kamu itu benar, tapi yang paling ringan sekali di dunia ini adalah MENINGGALKAN SOLAT. Gara-gara pekerjaan kita atau urusan dunia, kita tinggalkan solat.

Imam Ghazali : “Apa yang paling tajam sekali di dunia ini?”
Murid-murid dengan serentak menjawab : Pedang
Imam Ghazali : Itu benar, tapi yang paling tajam sekali didunia ini adalah LIDAH MANUSIA. Kerana melalui lidah, manusia dengan mudahnya menyakiti hati dan melukai perasaan saudaranya sendiri.

batchpanther.blogspot.com

Tuesday 26 July 2011

Wah!cantiknya awak!!

“wah..cantik gambar. Awak ni memang suka tayang muka kat orang ke? Tahu la muka tu cantik tapi tak perlu lah nak tayang sangat der. Jaga la muka tu untuk suami. Kalau setakat 2 3 gambar ok jugak tapi kalau dah bangun tidur pun awak nak bagi tunjuk kat orang, koyak la macam ni..koyak iman kaum adam weh…nak bertanggungjawab ke kalau iman lelaki koyak disebabkan awak?? Saya tengok gambar awak yang da lama bangun tidur pun macam baru bangun tidur je sebab tak bertudung. Setahu saya orang baru bangun tidur, tak bertudung. Lagipun dress up awak gempak sangat la…baju mahal tapi kain sikit. Duit dah banyak keluar beli baju, tapi ketat-ketat jugak. Saya yang tengok ni pun dapat rasa sempit dada pakai baju macam tu.Bukan sengaja nak tengok, dah korang tunjuk, susah la saya & lelaki lain nak jaga pandangan. Tolonglah kasihankan ktorang ni. Ni yang saya nak tanya sangat ni..gambar awak yang lain mata semua hitam2 dek celak, bibir merah dek lipstick memang macam anak patung la. Rajin pulak korang make-up macam tu kan?hehe agak-agak antara pakai make-up dengan berwudhuk, mana lebih cepat & senang? K la..saya tahu awak tahu y awak sendiri TAHU y awak tengah mendedahkan aurat awak pada orang yang tak sepatutnya. Janganlah jadi perosak iman kami. 


ni petikan yang aku amek dari sorang insan yang bernama wanita yang ditujukan kepada insan yang benama wanita... harap para wanita dapat hidayah....
batchpanther.blogspot.com

Monday 25 July 2011

GOOGLE SHERE

korang penah tengok x google jd cm bola @ sphere...??


mesti xpnah kn...

ni ak nk kongsi google dalam bentuk bola...

ak pasti mesti korang terkejut tengok google tu nanti...

ni link dy

http://mrdoob.com/projects/chromeexperiments/google_sphere/

@

taip google spehere kt google bese then tkan im feeling lucky....

gud luck... enjoy it...
batchpanther.blogspot.com

PESANAN

‎:Pesanan PDRM - Jika anda sdg mmandu di wktu mlm & cermin kereta anda dilempar telur ayam. Jgn on wiper@pancut air.Truskan mmandu dgn apa yg mmpu dilihat,hgga tba d tmpt slmt.Ini krna jika telur ayam bcmpur dgn air ia akn jd susu,& akn kaburkn 92.5% thap pglihatan mata kita,yg akn mmaksa kita bhenti tepi jln,& di situlah kita akn mjdi mgsa perompak. Inilah teknik baru dgunakn perompak...berhati2!
batchpanther.blogspot.com