Thursday 11 August 2011

is3 @ isthree @ isteri???



Suami: Lelaki kawin 3 baru sah.
Isteri: Y?
Suami: Cuba t'jemah dlm English,1 is one,2 is two,3 is three (isteri).Baru sah. Isteri: Tp abg kena fhm ttg singular n plural.
Suami: Mksdnya?
Isteri: 1 tu Singular,2 atau lebih Plural.
...Suami: Cnth?
Isteri: 1 car tu singular,2 cars tu plural.Apa beza?
Suami: Tmbh huruf s utk yg plural.
Isteri: Betul.Sama juga la utk abg.1 isteri abg MAMPU,2 isteri dah jadi plural,abg MAMPUS,tambah s je,kn?

CONTACT

         Nak contact saya ke? takyah la. saya tak penting pon.
hahaha... saya gurau je. kalau nak tanya pape bleh pergi kat FB saya, Saiful Islam Adnan.
         Takkan saya ada FB je, mesti ada yang lain. kalau nak tweet saya bleh tweet kat @sir125.

          Kalau email pn bleh kat sirlamt125@gmail.com

Wednesday 10 August 2011

10... lagi 20...

             Pejam celik pejam celik sudah hari kesepuluh kita berpuasa. Maknanya lagi 2puluh hari lagi kita kena puasa dan hari ke 30 kita raya. Yeaa... hahaha. Anda semua sudah beli baju raya belum? ada yang sudah beli ada yang belum. Yang belum beli tu cepat-cepat la beli. Nanti tak sempat nak beli bila da dekat dengan raya. Nak beli pun payah. Orang ramai sangat. Sedap je duk suruh orang lain beli baju raya, saya sendiri pun belum beli baju raya. hahaha... Papepun jangan tinggal puasa. Nanti nak ganti balik lagi malas. Eh, macam pernah tinggal puasa je saya ni sebab tahu-tahu je malas nak ganti balik. Saya tak pernah tinggal puasa, tapi kawan-kawan saya yang ponteng puasa macam tu la jadinya, malas nak ganti balik.

Monday 8 August 2011

Jari...???

Kisah berlaku waktu satu rombongan guru pelatih membuat rombongan ke tempat bersejarah. Bila sampai ke tempat yang dituju para guru pelatih mendapati tempat tersebut merupakan satu yang tidak pernah dikunjung oleh sesiapa…lengang, sepi!

Maka guru pelatih bermula turun untuk melihat kesan sejarah yang ada di tempat tersebut. Pada permulaan, mereka berkumpul bersama melihat kesan sejarah yang ada. Lebih kurang sejam selepas itu mereka berpecah menuju ke tempat sejarah yang mereka sukai.

Nak jadi cerita, seorang guru pelatih perempuan yang begitu tekun mencatit dan mengarang maklumat yang ada pada kesan sejarah tersebut, tanpa disedar,dah tertinggal.

Yang trainer pulak ingat semua cikgu-cikgu dah ada dalam bas, so mereka bertolak untuk balik.

Cikgu pelatih yang tertinggal tu mula gabra…menjerit sekuat hati, cemas giler panggil kawan-kawan dia dan pelatih yang lain. Tapi hampa.

So dia tekad berjalan nak keluar dari tempat berkenaan menuju ke kampung berdekatan. Sejam berjalan tetapi masih tidak menjumpai sesiapa. Startlah letih dan menangis panggil mak ayah.

Pusing pusing nampak satu pondok kecik berdekatan dengan tempat tu. so dia pegi ketuk pintu. Keluar seorang pemuda anggaran umur linkungan lewat 20an dan bertanya: siapa kamu? Jawablah cikgu tadi yang dia tertinggal bas rombongan, dan tak tahu nak pulang.

Berkatalah lelaki tadi bahawa tempat yang ingin ditujunya berletak di selatan dan tempat mereka berada di utara, dan tempat tu memang tak didiami sesiapa. Maka menangislah cikgu tadi bagai orang hilang akal…

Disebabkan kesian, lelaki tu menyuruh cikgu tadi bermalam dipondok dia je sementara tunggu subuh untuk di hantar pulang.

Cikgu tu disuruh tidur atas katil lelaki tersebut manakala lelaki itu tidur atas lantai berhamparkan kain je dan ambil sehelai kain lain digantung sebagai pengadang tempat tidur antara dia dan cikgu tu.

Lelaki tadi duduk dipenjuru pondok dan membaca buku. Yang cikgu tu tutup seluruh badan dia ngan kain gebar menahan menangis dek takut dan tak henti matanya mengawasi lelaki misteri tu.

Tiba-tiba lelaki tu tutup buku dan pergi kat lilin yang menyala dan membakar jarinya satu persatu.
Cikgu tadi apalagi, bertambah kecut perut takut kerana berfikir bahawa lelaki tersebut mengamalkan ilmu songsang.. mengeletar giler maut… Maka kedua-duanya tidak tidur sehingga pagi…

Bila menjelang pagi lelaki tersebut menghantar cikgu tadi ketempat asalnya.

Bila dah sampai rumah, cikgu tadi pun menceritakan apa yang terjadi kat mak bapak dia. Bapak cikgu tu dengan seribu satu persoalan mengesyaki sesuatu berlaku, sebab tengok anak dia nampak sakit, pucat lesi dan takut amatlah sangat.

Si bapa pun pergi ke tempat yang dimaksudkan anaknya tu. Menyamar sebagai pemburu yang tersesat dan bertanya tempat tuju. Dalam hati si bapa tadi hairan tengok jari jari tangan lelaki tadi berbalut dan bertanya kenapa…

So lelaki tu pun cerita bahawa dua malam lepas datang seorang perempuan cantik elok paras rupa untuk tumpang bermalam dipondok beliau. Dan sudah tentu pada ketika itu syaitan iblis sudah berada bersama mereka. Disebabkan takut terjadinya perkara yang tidak diingini berlaku, beliau membakar jarinya satu persatu supaya dapat menghindarkan diri dari berfikir memperkosa perempuan tersebut.

Mendengar penerangan lelaki tersebut si bapa mempelawa lelaki berbalut jari itu datang kerumahnya dan berhajat mengahwinkan anaknya kepada lelaki tersebut.., tanpa pengetahuan lelaki tu yang bahawasanya perempuan yang akan dikahwininya adalah perempuan yang menumpang tidur di katil nya 2 malam yang sudah…

MORAL CERITA :

Apabila kita nak lakukan dosa, cubalah kita letakkan tangan kita di atas api. Jika kita mampu menahan kepedihan api tanpa rasa sakit, lakukan dosa tersebut TETAPI jika kita tak mampu.

Ingatlah bahawasanya api di dunia ini telah di hilangkan bisa neraka selama beribu2 tahun baru diletak di dunia ni, dan cuba kita bayang dan rasakan kepedihan api sebenarnya iaitu Api Neraka..


batchpanther.blogspot.com

Assalamualaikum... Selamat Tinggal

Salam...


Aikk!!!!! Mesti anda pelik baca tajuk kat atas tu. yela mula-mula "Assalamualaikum" lepas tu "Selamat Tinggal". Sebenarnya saya nak cerita pasal "Assalamualaikum" dan ucapan "Selamat Tinggal" tu. Janganlah anda semua guna "Assalamualaikum" dengan singkatan. tapi kenapa kat atas tu tulis "salam" je tak tulis penuh??? hanya singkatan "salam" je yang dibenarkan.Jangan guna "A'kum" kerana "A'kum" bermaksud "binatang" dalam bahasa Yahudi. Jangan guna "Semekom" kerana "Semekom" bermaksud "celaka kamu". Jangan guna "Bye" untuk ucapkan selamat tinggal kerana "Bye" adalah jarum sulit Kristian yang bermaksud "Di Bawah Naungan Pope". Gunalah "Tata" untuk ucapkan selamat tinggal untuk lebih selamat. Bagi saya ucapan selamat tinggal tidak sedap didengar kerana ucapan tersebut seolah-olah kita tidak akan berjumpa lagi. Lebih baik hanya ucapkan "Tata". Tolong sebarkan maklumat ini kepada umat Islam yang lain, untuk elakkan diri daripada membuat dosa...