Friday 5 August 2011

AYAHKU!!!

inilah ayah saya 
        Tajuk yang saya hendak cerita hari ini ialah AYAHKU. Ayahku? Kenapa dengan ayah saya? Sebenarnya cerita ini berkaitan dengan ayah saya dan saya semalam. Ceritanya bermula apabila pakcik saya yang dekat Kuantan ajak saya kerja dengan dia. Kerja apa? dia ajak saya kerja dekat kedai 'Uncle Bob'. anda pernah dengar ke nama kedai itu?
inilah kedai Uncle Bob
Pada mulanya ayah saya bagi saya pergi kerja dekat sana. Tetapi semalam lain pula jadinya. Ayah saya tiba-tiba tak bagi saya pergi Kuantan. Dia cakap tak payah la pergi, tidur je kat rumah ini. lepas je dia cakap macam tu saya terus rasa nak marah. sapa la yang tak marah kalau tiba-tiba je tak bagi. TAPI!!1 ada tapi juga ke? tapi apa? tapi saya tak lawan pun apa yang dia cakap. saya diam je masa dia cakap tu. Apa kaitan tidur dengan dia marah? Sebenarnya semalam ayah ajak pergi tempat dia kerja, tapi saya tidur. Tu yang dia marah je. tapi ada satu lagi yang saya pelik, adik saya pun kena marah jugak tapi kena marah dengan ma saya. masa 'call' dia, dia cakap ma 'call' dia then kena marah pasal tiket bas balik raya yang tak beli lagi. harini baru dia beli tiket balik tapi ada tiket awal je (25 Ogos). sepatutnya dia cuti 26 Ogos. terpaksa la ponteng sehari. sekali-sekala ponteng apa salahnya, hahaha. jangan anda ikut apa yang saya cakap tadi sebab tak baik untuk kesihatan. berbalik pada tajuk, saya tak boleh nak lawan cakap ayah saya sebab:
1- saya anak dia
2- saya hormat dia sebagai orang lagi tua
3- dia jaga saya dari kecil lagi

PERINGATAN
buat sesiapa yang rasa dia masih ada mak ayah,
1- janganla lawan cakap mereka kerana mereka sudah jaga kita dari kecil lagi. Apa yang mereka cakap kita kena ikut kecuali sudah melampaui batas atau melanggar syarak.
2- banyakkan berbuat kebaikan kepada mereka, banyakkan tolong mereka.
3- banyakkan berdoa untuk mereka






batchpanther.blogspot.com

1 comment:

  1. btl tu..jadi anak yang baik..sbb ayah dah wat macam2 tk kita..semua dia buat untuk kebaikan..jd ana baik tau

    ReplyDelete